Baca cerpen 'Anak Pengunting Rambut' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti.
Cerita ini mengisahkan "aku" (pengunting rambut) yang begitu kasih kepada anak perempuannya yang seorang, iaitu Manisah, atau dipanggil Manis sahaja. Sejak kecil, Manis begitu bangga dengan ayahnya sebagai tukang gunting rambut, dan sering berlagak sebagai pembantu. Oleh sebab tidak mahir menyisir rambut anak perempuan, "aku" sentiasa menggunting pendek rambut Manis hinggalah dia besar panjang. Manis kemudiannya belajar di sekolah asrama, serta pernah ditegur kerana fesyen rambutnya itu. Manis berjaya masuk ke universiti, tetapi pada tahun akhir pengajiannya, selama lapan bulan Manis tidak balik-balik ke rumah dengan alasan sibuk. Akhirnya, panggilan telefon daripada rakan Manis membongkar rahsia bahawa Manis menghidap penyakit leukimia (barah darah) yang diwarisi secara genetik daripada ibunya. Semasa melawat Manis di hospital, rambut Manis gugur hingga separuh botak akibat rawatan, namun Manis masih tersenyum manis kepada "aku" seperti selalunya walaupun wajahnya pucat lesi. Manis meninggal dunia di ribaan "aku" menjelang Subuh. Rambut Manis yang melekat pada sikat ditanami, dan "aku" bersara daripada pekerjaan sambilan sebagai tukang gunting.
Sila senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam cerpen ini dan hantar jawapan anda kepada Cikgu Syazwani untuk dinilai.
Sila senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam cerpen ini dan hantar jawapan anda kepada Cikgu Syazwani untuk dinilai.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda.