Penggolongan Kata Nama Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Namai) Kata Nama Am:Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.Contohnya: Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.ii) Kata Nama Khas: - Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar.- Menurut Nik Safiah Karim (2004) Kata Nama Khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup - Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).| Manusia | Binatang | Tempat | |
| Kata Nama Am | murid | burung | pasar |
| pekebun | kucing | padang | |
| Kata nama khas hidup manusia | Kata nama khas hidup bukan manusia | Kata nama khas tak hidup | |
| Kata Nama Khas | Ahmad | Lassie | Pahang |
| Edelina | Si Belang | Pulau Pinang | |
| Chandran | Sang Kancil | Gunung Tahan |
Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
- Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
- Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
- Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
- Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Kata Ganti Nama Tunjuk:
-Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:
-Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
| Kata Ganti Nama Diri Pertama | Penggunaan | Contoh Ayat |
| Aku | Merujuk kepada diri sendiri | Aku hendak pergi ke perpustakaan |
| Beta | Digunakan oleh kerabat diraja | Beta berharap negara bertambah maju dan makmur. |
| Hamba | Merujuk kepada diri sendiri | "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah |
| Kita | Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua | "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri. |
| Kami | Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua | "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli. |
| Saya | Merujuk diri sendiri | Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif. |
| Kata Ganti Nama Diri Kedua | Penggunaan | Contoh Ayat |
| Anda | Merujuk diri orang kedua | Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT. |
| Awak | Merujuk diri orang kedua | Awak disuruh membersihkan bilik darjah. |
| Engkau | Merujuk diri orang kedua | Engkau hendak pergi ke kedai buku? |
| Kamu | Merujuk diri orang kedua | Kamu mesti belajar dengan lebih tekun. |
| Kata Ganti Nama Diri Ketiga | Penggunaan | Contoh Ayat |
| Beliau | Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati | Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan. |
| Baginda | Digunaan untuk kerabat diraja | Baginda telah berangkat ke luar negeri. |
| Dia | Digunakan untuk diri orang ketiga | Dia datang awal ke pejabat sekolah |
| Mereka | Bilangan orang lebih daripada seorang | Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik. |

0 ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda.