Sabtu, 17 Disember 2011

Uji Minda - Imbuhan Apitan

 Baca cerpen 'Dendam' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti. Kemudian senaraikan perkataan yang terdiri daripada imbuhan apitan.

Along tidak menyukai adiknya, Angah. Dia berdendam terhadap adiknya itu. Barang-barang miliknya selalu dirosakkan oleh Angah. Selain itu, Along juga marah kepada Angah kerana dia selalu dimarahi ibu dan ayahnya atas kesalahan yang dilakukan oleh Angah. Along tidak mengambil kira bahawa Angah jauh lebih muda daripadanya.

Apabila kertas kerja milik ayah mereka dikoyakkan oleh Angah, Along juga yang dipersalahkan. Menurut ayahnya, Along mesti menjaga Angah. Oleh sebab Along sering dipersalahkan, maka Along memberontak. Along berasa kesal kerana ayah dan ibunya selalu menyebelahi Angah. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai tilikan bidan sewaktu Angah dilahirkan yang mengatakan bahawa Angah ialah anak bertuah.

Pada suatu hari, Angah memasuki bilik Along kerana mahu meminta maaf. Angah menyatakan rasa kasihnya kepada Along, tetapi Along menolaknya. Perasaan dendam telah menguasai pemikiran Along sehingga terkikisnya perasaan kasih sayang adik-beradik.

Pada suatu hari, rantai mutiara milik ibu mereka putus. Apabila ditanya, Along tidak mengaku bahawa dia yang melakukannya. Oleh sebab itu, Angah yang dituduh. Lantaran tiada orang lain yang mungkin melakukan kesalahan itu, maka ayah mereka menghukum Angah. Angah dipukul dengan kuatnya. Angah menangis.

Along berasa kasihan dan simpati terhadap Angah. Dia menemui Angah. Sebenarnya Along yang melakukan perbuatan itu, tetapi dia mahu mengenakan Angah kerana rasa dendamnya itu. Apabila dihukum dengan beratnya, muncul perasaan simpati yang kemudiannya mengakrabkan hubungan kedua-dua orang adik-beradik itu.


Hantarkan jawapan anda kepada cikgu Bawani untuk dinilai.
bawanimuniandy@gmail.com

Uji Minda - Cari Makna

       
 Baca sajak 'Hari Guru' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti. Kemudian, nyatakan maksud yang sesuai bagi perkataan sukar yang digariskan di bawah.

        
          Hari ini
          adalah hari kita
          menjunjung amanah
          sandaran harapan insan berjuta
          memikul misi murni
          mengasuh mendidik
          tunas bangsa
                harapan nusa.

          Hari ini
          adalah hari yang menuntut kita
          bertafakur
          apakah tiang azam
          masih tegak kukuh
          apakah perdu semangat
          tak tergoncang ribut
          ataukah langkah kita
          sudah pincang tertusuk
          duri-duri duga?


          Hari ini
          ada bunga dikalungkan
          ada puji dilafazkan
          ada jasa dikenang
          ada salam dihulur
          tanda hormat
                 pada insan yang bergelar GURU.
Sila klik pautan http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mencari makna perkataan. Hantarkan jawapan anda kepada Cikgu Bawani untuk dinilai. 
bawanimuniandy@gmail.com

Khamis, 15 Disember 2011

Latihan peribahasa 2

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan berikut.

1. Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan orang susah yang mengada-ada apabila mendapat pertolongan orang lain ialah :
A Seperti kaduk naik junjung. 
B Seperti kacang lupakan kulit.
C Bagai bertandang ke rumah janda.
D Bagai kambing dihalau ke air.


2. Kanang telah menyeru seluruh anggota tenteranya agar berjuang dengan penuh semangat demi mempertahankan maruah negara dalam Gerakan Pukat itu. 
Peribahasa yang paling sesuai dengan situasi di atas ialah
A Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
B Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
C Biar putih tulang, jangan putih mata. 
D Beraja di mata, bersultan di hati


3. Peribahasa ’kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke puncaknya’ bermaksud
A Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.
B Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya dengan sekali tindakan sahaja. 
C Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.
D Sekali pun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.

Sila berikan jawapan anda pada bahagian ulasan. Mulakan pencarian anda melalui http://www.google.com.my/

Latihan peribahasa 1

Berikan maksud peribahasa di bawah :


1) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

2) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

3) Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

4) Seperti lembu dicucuk hidung

5) Bagai kaca terhempas ke batu

Berikan jawapan anda pada bahagian ulasan. Sila mulakan pencarian anda melalui  http://www.google.com.my/ig?hl=en

Latihan Tatabahasa

Sila klik pautan yang diberikan untuk ke laman latihan tatabahasa :

Uji Minda - Kata Sendi Nama 1

 Baca cerpen 'Anak Pengunting Rambut' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti.

      Cerita ini mengisahkan "aku" (pengunting rambut) yang begitu kasih kepada anak perempuannya yang seorang, iaitu Manisah, atau dipanggil Manis sahaja. Sejak kecil, Manis begitu bangga dengan ayahnya sebagai tukang gunting rambut, dan sering berlagak sebagai pembantu. Oleh sebab tidak mahir menyisir rambut anak perempuan, "aku" sentiasa menggunting pendek rambut Manis hinggalah dia besar panjang. Manis kemudiannya belajar di sekolah asrama, serta pernah ditegur kerana fesyen rambutnya itu. Manis berjaya masuk ke universiti, tetapi pada tahun akhir pengajiannya, selama lapan bulan Manis tidak balik-balik ke rumah dengan alasan sibuk. Akhirnya, panggilan telefon daripada rakan Manis membongkar rahsia bahawa Manis menghidap penyakit leukimia (barah darah) yang diwarisi secara genetik daripada ibunya. Semasa melawat Manis di hospital, rambut Manis gugur hingga separuh botak akibat rawatan, namun Manis masih tersenyum manis kepada "aku" seperti selalunya walaupun wajahnya pucat lesi. Manis meninggal dunia di ribaan "aku" menjelang Subuh. Rambut Manis yang melekat pada sikat ditanami, dan "aku" bersara daripada pekerjaan sambilan sebagai tukang gunting.


Sila senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam cerpen ini dan hantar jawapan anda kepada Cikgu Syazwani untuk dinilai.

Uji Minda - Kata Nama 4

Sila bina lima ayat berdasarkan video ini. Kemudian, gariskan kata nama am yang terdapat dalam ayat anda. Sila hantar jawapan anda kepada Cikgu Salina Salim untuk dinilai.

Blogroll

Blogger templates

Laman Google

 

Mahir Tatabahasa | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates