Baca sajak 'Hari Guru' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti. Kemudian, nyatakan maksud yang sesuai bagi perkataan sukar yang digariskan di bawah.
Hari ini
adalah hari kita
menjunjung amanah
sandaran harapan insan berjuta
memikul misi murni
mengasuh mendidik
tunas bangsa
harapan nusa.
Hari ini
Hari ini
adalah hari yang menuntut kita
bertafakur
apakah tiang azam
masih tegak kukuh
apakah perdu semangat
tak tergoncang ribut
ataukah langkah kita
sudah pincang tertusuk
duri-duri duga?
Hari ini
Hari ini
ada bunga dikalungkan
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenang
ada salam dihulur
tanda hormat
pada insan yang bergelar GURU.
Sila klik pautan http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mencari makna perkataan. Hantarkan jawapan anda kepada Cikgu Bawani untuk dinilai.
bawanimuniandy@gmail.com
0 ulasan:
Catat Ulasan
Berikan pendapat anda.