Pages

Sabtu, 17 Disember 2011

Uji Minda - Imbuhan Apitan

 Baca cerpen 'Dendam' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti. Kemudian senaraikan perkataan yang terdiri daripada imbuhan apitan.

Along tidak menyukai adiknya, Angah. Dia berdendam terhadap adiknya itu. Barang-barang miliknya selalu dirosakkan oleh Angah. Selain itu, Along juga marah kepada Angah kerana dia selalu dimarahi ibu dan ayahnya atas kesalahan yang dilakukan oleh Angah. Along tidak mengambil kira bahawa Angah jauh lebih muda daripadanya.

Apabila kertas kerja milik ayah mereka dikoyakkan oleh Angah, Along juga yang dipersalahkan. Menurut ayahnya, Along mesti menjaga Angah. Oleh sebab Along sering dipersalahkan, maka Along memberontak. Along berasa kesal kerana ayah dan ibunya selalu menyebelahi Angah. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai tilikan bidan sewaktu Angah dilahirkan yang mengatakan bahawa Angah ialah anak bertuah.

Pada suatu hari, Angah memasuki bilik Along kerana mahu meminta maaf. Angah menyatakan rasa kasihnya kepada Along, tetapi Along menolaknya. Perasaan dendam telah menguasai pemikiran Along sehingga terkikisnya perasaan kasih sayang adik-beradik.

Pada suatu hari, rantai mutiara milik ibu mereka putus. Apabila ditanya, Along tidak mengaku bahawa dia yang melakukannya. Oleh sebab itu, Angah yang dituduh. Lantaran tiada orang lain yang mungkin melakukan kesalahan itu, maka ayah mereka menghukum Angah. Angah dipukul dengan kuatnya. Angah menangis.

Along berasa kasihan dan simpati terhadap Angah. Dia menemui Angah. Sebenarnya Along yang melakukan perbuatan itu, tetapi dia mahu mengenakan Angah kerana rasa dendamnya itu. Apabila dihukum dengan beratnya, muncul perasaan simpati yang kemudiannya mengakrabkan hubungan kedua-dua orang adik-beradik itu.


Hantarkan jawapan anda kepada cikgu Bawani untuk dinilai.
bawanimuniandy@gmail.com

Uji Minda - Cari Makna

       
 Baca sajak 'Hari Guru' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti. Kemudian, nyatakan maksud yang sesuai bagi perkataan sukar yang digariskan di bawah.

        
          Hari ini
          adalah hari kita
          menjunjung amanah
          sandaran harapan insan berjuta
          memikul misi murni
          mengasuh mendidik
          tunas bangsa
                harapan nusa.

          Hari ini
          adalah hari yang menuntut kita
          bertafakur
          apakah tiang azam
          masih tegak kukuh
          apakah perdu semangat
          tak tergoncang ribut
          ataukah langkah kita
          sudah pincang tertusuk
          duri-duri duga?


          Hari ini
          ada bunga dikalungkan
          ada puji dilafazkan
          ada jasa dikenang
          ada salam dihulur
          tanda hormat
                 pada insan yang bergelar GURU.
Sila klik pautan http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mencari makna perkataan. Hantarkan jawapan anda kepada Cikgu Bawani untuk dinilai. 
bawanimuniandy@gmail.com

Khamis, 15 Disember 2011

Latihan peribahasa 2

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan berikut.

1. Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan orang susah yang mengada-ada apabila mendapat pertolongan orang lain ialah :
A Seperti kaduk naik junjung. 
B Seperti kacang lupakan kulit.
C Bagai bertandang ke rumah janda.
D Bagai kambing dihalau ke air.


2. Kanang telah menyeru seluruh anggota tenteranya agar berjuang dengan penuh semangat demi mempertahankan maruah negara dalam Gerakan Pukat itu. 
Peribahasa yang paling sesuai dengan situasi di atas ialah
A Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
B Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
C Biar putih tulang, jangan putih mata. 
D Beraja di mata, bersultan di hati


3. Peribahasa ’kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke puncaknya’ bermaksud
A Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.
B Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya dengan sekali tindakan sahaja. 
C Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.
D Sekali pun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.

Sila berikan jawapan anda pada bahagian ulasan. Mulakan pencarian anda melalui http://www.google.com.my/

Latihan peribahasa 1

Berikan maksud peribahasa di bawah :


1) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

2) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

3) Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

4) Seperti lembu dicucuk hidung

5) Bagai kaca terhempas ke batu

Berikan jawapan anda pada bahagian ulasan. Sila mulakan pencarian anda melalui  http://www.google.com.my/ig?hl=en

Latihan Tatabahasa

Sila klik pautan yang diberikan untuk ke laman latihan tatabahasa :

Uji Minda - Kata Sendi Nama 1

 Baca cerpen 'Anak Pengunting Rambut' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti.

      Cerita ini mengisahkan "aku" (pengunting rambut) yang begitu kasih kepada anak perempuannya yang seorang, iaitu Manisah, atau dipanggil Manis sahaja. Sejak kecil, Manis begitu bangga dengan ayahnya sebagai tukang gunting rambut, dan sering berlagak sebagai pembantu. Oleh sebab tidak mahir menyisir rambut anak perempuan, "aku" sentiasa menggunting pendek rambut Manis hinggalah dia besar panjang. Manis kemudiannya belajar di sekolah asrama, serta pernah ditegur kerana fesyen rambutnya itu. Manis berjaya masuk ke universiti, tetapi pada tahun akhir pengajiannya, selama lapan bulan Manis tidak balik-balik ke rumah dengan alasan sibuk. Akhirnya, panggilan telefon daripada rakan Manis membongkar rahsia bahawa Manis menghidap penyakit leukimia (barah darah) yang diwarisi secara genetik daripada ibunya. Semasa melawat Manis di hospital, rambut Manis gugur hingga separuh botak akibat rawatan, namun Manis masih tersenyum manis kepada "aku" seperti selalunya walaupun wajahnya pucat lesi. Manis meninggal dunia di ribaan "aku" menjelang Subuh. Rambut Manis yang melekat pada sikat ditanami, dan "aku" bersara daripada pekerjaan sambilan sebagai tukang gunting.


Sila senaraikan kata sendi nama yang terdapat dalam cerpen ini dan hantar jawapan anda kepada Cikgu Syazwani untuk dinilai.

Uji Minda - Kata Nama 4

Sila bina lima ayat berdasarkan video ini. Kemudian, gariskan kata nama am yang terdapat dalam ayat anda. Sila hantar jawapan anda kepada Cikgu Salina Salim untuk dinilai.

Uji Minda - Kata Nama 3


Senaraikan Kata Nama yang terdapat dalam video ini.

1. _________________        6. _________________
2. _________________        7. _________________
3. _________________        8. _________________
4. _________________        9. _________________
5. _________________      10. _________________

Hantarkan jawapan anda kepada Cikgu Salina Juhari untuk dinilai.

Uji Minda - Kata Kerja 2

Senaraikan kata kerja yang terdapat dalam video ini.

1. ______________             6. _____________

2. ______________             7. _____________

3. ______________             8. _____________

4. _____________               9. _____________

5. ______________            10. _____________


Hantarkan jawapan anda kepada Cikgu Bawani untuk dinilai.
bawanimuniandy@gmail.com

Rabu, 14 Disember 2011

Uji Minda-Kata Kerja 1

        Baca sajak 'Persahabatan' Komsas Tingkatan Dua dengan teliti. Kemudian senaraikan kata kerja yang terdapat dalam sajak ini.

           Sajak 'Persahabatan'

           Seorang kanak-kanak
           berbaju kurung nampak cantik
           berlesung pipit beralis lentik
           bermain-main riang, bermain keseorangan
           pada wajahnya meriak gembira
           pada bibirnya menguntum ceria
           berderai ketawa mengocak suasana.


           Seorang kanak-kanak
           berpakaian ceongsam bertocang dua
           bergincu pipi tampak ceria
           tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa
           menghulur senyum dan ketawa manja
           pada wajahnya menyerlah keriangan
           mereka bermain alang-kepalang
           berkejar-kejaran tanpa halangan.

           Seorang kanak-kanak
           bersari bergelang kaki
           bertindik hidung menguntum seri
           melihat saja telatah manja
           si comel berdua, bermain, dan tertawa
           dirinya bagai digamit bermain bersama
           mengongsi kemesraan
           menterjemah makna kejiranan.


           Ah, kanak-kanak
           biar berlainan agama
           biar berlainan bangsa
           mereka saling bersalaman
           dan berpeluk mesra
           tanpa menghiraukan adat dan budaya;
                 membina keakraban tanpa curiga
                 membentuk perpaduan tanpa prasangka
           bersatu hati membentuk jati diri
           ke arah wawasan lebih bererti!



1. __________________      5. ____________________

2.__________________       6. ____________________

3. _________________        7. ____________________

4. _________________        8. ____________________

Hantarkan jawapan anda kepada cikgu Salina bt Salim.
                Emel ina_linfz@yahoo.com.my


Uji Minda- Kata Nama


Senaraikan kata nama am yang terdapat dalam gambar di atas.

1. ____________                                            6. ______________

2. ____________                                            7. ______________

3. ____________                                            8. ______________

4. ____________                                            9. ______________

5. ____________                                          10. ______________

Hantarkan jawapan anda kepada Cikgu Bawani untuk dinilai.
bawanimuniandy@gmail.com

Sabtu, 3 Disember 2011

Kata Nama

Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan. 
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama
i) Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.Contohnya: 
Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
ii) Kata Nama Khas: 
- Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar.
- Menurut Nik Safiah Karim (2004) Kata Nama Khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup 
- Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
ManusiaBinatangTempat
Kata Nama Ammuridburungpasar
pekebunkucingpadang
Kata nama khas hidup manusiaKata nama khas hidup bukan manusiaKata nama khas tak hidup
Kata Nama KhasAhmadLassiePahang
EdelinaSBelangPulau Pinang
ChandranSang KancilGunung Tahan
Kata Ganti Nama:
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i)        Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diri
- Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
- Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertamaganti nama diri orang
   kedua
 dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)


Kata Ganti Nama Tunjuk:
-Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:
-Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama Diri PertamaPenggunaanContoh Ayat
AkuMerujuk kepada diri sendiriAku hendak pergi ke perpustakaan
BetaDigunakan oleh kerabat dirajaBeta berharap negara bertambah maju dan makmur.
HambaMerujuk kepada diri sendiri"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
KitaMerujuk diri sendiri dan diri orang kedua"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
KamiMerujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
SayaMerujuk diri sendiriSaya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.

Kata Ganti Nama Diri KeduaPenggunaanContoh Ayat
AndaMerujuk diri orang keduaAnda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
AwakMerujuk diri orang keduaAwak disuruh membersihkan bilik darjah.
EngkauMerujuk diri orang keduaEngkau hendak pergi ke kedai buku?
KamuMerujuk diri orang keduaKamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti Nama Diri KetigaPenggunaanContoh Ayat
BeliauDigunakan untuk merujuk orang yang dihormatiBeliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
BagindaDigunaan untuk kerabat dirajaBaginda telah berangkat ke luar negeri.
DiaDigunakan untuk diri orang ketigaDia datang awal ke pejabat sekolah
MerekaBilangan orang lebih daripada seorangPentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

Kata Adjektif

Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan bagi suatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif disertai dengan kata keterangan amat, paling dan sangat. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-
kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataannya, iaitu:
Kata AdjektifMaksudContoh
1. Kata Adjektif Sifat /       KeadaanMenerangkan sifat atau keadaanCerdik, bijak, cantik, rajin.
2. Kata Adjektif      WarnaMenerangkan warnaBiru, merah, kuning, hijau, putih
3. Kata Adjektif      UkuranMenerangkan ukuranTebal, nipis, tinggi, rendah, panjang, pendek.
4. Kata Adjektif      Bentuk.Menerangkan bentuk atau rupa.Bulat, bujur
5. Kata Adjektif      Waktu.Menerangkan konsep masaBaru, lambat, lama, lewat, silam.
6. Kata Adjektif      JarakMenerangkan konsep ruang antara dua benda atau keadaan.Jauh, dekat.
7. Kata Adjektif      CaraMenerangkan keadaan kelakuan atau ragam.Pantas, perlahan, jarang.
8. Kata Adjektif      PerasaanMenerangkan konsep perasaan.Pemalu, ragu-ragu, rindu, sayang.
9. Kata Adjektif      Pancaindera.Menerangkan konsep rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh.Bising, wangi, kasar, masam, pahit, manis, licin.
Perbandingan Dalam Frasa Adjektif
Perkataan yang digunakan dalam perbandingan frasa adjektif adalah seperti, se, lebih, paling, ibarat dan laksana. Contoh ayat
1. Amira pandai. 2. Amira pandai seperti Kancil.     (pandai seperti membawa maksud hampir sama, kesamaan)3. Amira sepandai Nora.     (sepandai membawa maksud sama) 4. Amira lebih pandai daripada Nora.     (lebih pandai menunjukkan darjat / tingkat yang lebih) 5. Amira paling pandai dalam kalangan murid di dalam kelas 1 Biru.     (kata penguat paling menunjukkan sangat pandai). 
Mengikut Tatabahasa Dewan, terdapat tiga darjah perbandingan kata adjektif iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. 
Perbandingan dengan darjah biasa Perbandingan dengan darjah biasa tidak melibatkan kata penguat / kata perbandingan. Kata adjektif cantik, besar dan rajin tidak dibandingkan dengan sesuatu.
1. Rumah ini cantik.2. Dewan itu besar. 3. Dia rajin
Perbandingan dengan darjah bandingan Dalam Tatabahasa Dewan, penggunaan awalan se- untuk menyatukan darjah bandingan. Kata adjektif awalan se- menunjukkan bandingan sama.
1. Wajah  Sujinah secantik ibunya. 2. Buku ini tidak semahal buku itu. 3. Kereta Amin sebesar kereta Azman. Awalan se- membawa maksud ‘sama atau hampir sama’. Kata Adjektif dibandingkan dengan benda lain yang membawa maksud mirip / sama. 
1. Dia garang seperti harimau. 2. Amira cantik seperti bidadari.

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan frasa nama. 
Contoh kata sendi nama ialah.
dibagailaksanaantarakedemi
sejakuntukdaritentangterhadapdengan
daripadasepertiakandalamkepadabagai
olehsampaipadaumpanahingga-
Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.
Kata Sendi NamaPenggunaanContoh Ayat
DiMenunjukkan tempat
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa
Ah Geok tinggal di Perak
KeMenunjukkan tempat arah dan masaDia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingg ke pukul 5.00 petang.
DariMenunjukkan tempat dan masaDavid berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.
HinggaMaksud had masaAmin bekerja dari pagi hingga petang.
DenganMaksud bersama-samaAyah pergi ke pasar dengan adik
DaripadaTempat datangnya sesuatu
Asal kejadian sesuatu benda
Perbandingan
Chandran menerima surat itu daripadaabangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripadabangunan itu.
PadaMenunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Keterangan waktu.
Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
KepadaMenunjukkan arah, tempat orang yang ditujui.Surat jemputan itu ditujukan kepadapengerusi persatuan.
Bagi / UntukMenunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukanHari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.
Sejak / SementaraMenunjukkan waktu / masaSejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.
TerhadapMerujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu.Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.
AntaraDigunakan di depan kata nama yang membawa maksudAntara makanan yang dihidangkan ialah sate.
DalamSendi nama "di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat.Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.
DemiMenunjukkan maksud tujuanKita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.
TentangMaksud perkara atau hal yang dilakukanEncik Ahmad memberitahu pelajarnyatentang latihan bola sepak yang akan diadakan pada hari Selasa.
OlehMaksud sebabMurid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.
AkanMenunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap"Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.

Kata Kerja

Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah
Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan kepada
dua kumpulan utama, iaitu:
i)  Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif
Kata Kerja Transitif
Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata kerja
yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)
SubjekKata Kerja TransitifObjek
1. Ibumemasakkari ayam
2. Ahmadmenendangbola
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 141)
SubjekKata Kerja Tak Transitif BerpelengkapPelengkap
1. Merekabermain boladi padang
2. Azlitinggaldi Pahang
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa
objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)
SubjekKata Kerja Tak Transitif Tanpa PelengkapKeterangan
1. Merekamakandi Restoran Sahur
2. Diamembeli-belahdi Singapura
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).
Contoh:
1.  Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2.  Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. 
(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
i)      Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ii)     Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh:
1.  Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2.  Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
- bertujuan melengkapkan maksud ayat.
Contoh:
1.  Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Contoh:
1.  Pegawai penerangan sudah tiba.

Blogroll

Blogger templates

Laman Google

 

Mahir Tatabahasa | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates